Ahad, 19 Mei 2013

Masalah Alat Ganti Yamaha Rx-Z 135cc ( yang susah didapati )

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH.




  Disini saya ingin berkongsi apa yang berlaku ke atas jentera kesayangan saya ( Yamaha Rx-Z ) saya yang sudah seminggu tersangkut di bengkel. Punca dan sebab utamanya ialah pin gear yang disangkut pada pautan transmisi dah pun 'retak menanti belah'. Alat ganti ini kecil dan tahan lasak. Susah rosak kerana besi yang digunakan untuk membentuk alat ganti ini memang kukuh.

( Gambar enjin Yamaha Rx-Z sisi kanan )

  Cuma pemasangan yang tidak 'standard' akan menjadi punca kepada kerosakan dan seterusnya  kegagalan menurun dan menaikkkan transmisi dan juga berkemungkinan boleh meyebabkan kerosakan  pada sebahagian besar  seperti:-
  • Gear
  • Shaft
  • Roller
  Setelah menyedari kerosakan berikut, saya mencari alat ganti tersebut. Begitu hampa bila mengetahui alat ganti tersebut memang susah untuk dicari apatah lagi untuk dibeli. Akhirnya saya pergi ke sebuah kedai servis motorsikal ( bukan kedai menjual alat ganti ) dan menjumpai alat ganti tersebut. Ia dibeli dengan harga RM 25 ( terpakai ) dan alat ganti yang tulen.

( Alat ganti yang dicari )

    Dengan usaha saya, saya sudah pun memiliki 4 daripada 25 kedai yang saya pergi.Kepada rakan-rakan di luar sana, jika mempunyai 'part' ini janganlah dilempar begitu sahaja. Suatu hari nanti ia akan berguna kepada anda juga.

Wassalam....